edit listing Bookmark this site!
edit listing Post Free Ads
edit listing Edit/Delete/Upload
edit listing Notify Me
edit listing View Save Search
edit listing View Favourite

Advertisement
hartanah2u
Malaysia Real Estate
Login Name:
Password:
Remember Me
Lost Your Password? Signup

Add to favorites | View Favorites


Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II anda untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi kewangan yang dibenarkan oleh KWSP bagi tujuan membiayai pembelian atau pembinaan rumah seperti berikut:

  • Pembelian secara perseorangan; atau
  • Pembelian secara bersama dengan suami/isteri, ahli keluarga atau individu lain; atau
  • Membantu suami/isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami/isteri.

Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

  • Ahli warganegara Malaysia; atau
  • Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR); dan
  • Anda perlu mempunyai baki simpanan minimum sebanyak RM500 dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.

Lihat: Pengeluaran Meninggalkan Negara

Anda tidak layak memohon sekiranya:

  • Tujuan pinjaman adalah untuk:
    • mengubahsuai,
    • membaiki, atau
    • membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atas tujuan peribadi;
  • Pinjaman adalah di dalam bentuk overdraf;
  • Pinjaman dibuat daripada individu.

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Jumlah pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM500 dan jumlah pengeluaran maksimum tertakluk kepada semua simpanan Akaun II atau baki pinjaman perumahan, mengikut mana yang kurang.

Jenis Pengeluaran

Perseorangan / Membantu Pasangan

Bersama Suami / Isteri / Ahli Keluarga / Individu Lain

Jumlah baki pinjaman perumahan;
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun II tertakluk kepada amaun pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM500 dan jumlah baki pinjaman perumahan.

Jumlah baki pinjaman perumahan;
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM 500.00 dan jumlah baki pinjaman perumahan.

Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.

Kekerapan Pengeluaran
Permohonan pengeluaran boleh dibuat sekali setahun daripada tarikh Pengeluaran Perumahan terakhir dan mempunyai baki simpanan dalam Akaun II dengan jumlah minimum RM500.

Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pengeluaran ini, sila hubungi:

  • Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8732 6000
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.



Source: http://www.kwsp.gov.my/

This listing has been viewed 664 times.
Posted On : 29/08/2007.
Modified Date: 29/08/2007

Disclaimer: Information Herein Believed to be Accurate but not Warranted.